Friday, 26 August 2011

KEMELUT PESARA TENTERA, DAN VETEREN ATM

Pengenalan

Tujuan saya  menulis nota bantahan ini adalah  untuk menyuarakan  kepada pehak kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran yanag membuat  dasar dan mengendalikan kebajikan  bekas -bekas tentera tetapi ada yang tak kena berhubung  dengan perkara berikut    :-

-          Kenyataan  pengitirafan   pesara tentera yang berpencen dan tidak berpencen adalah sama taraf ?

-          Pindaan Akta Veteran telah diwar-warkan  di akhbar dan bulletin Veteran seolah olah memberi kebaikan untuk bekas tentera semua dan yang tidak berpencen.?

-          Sikap ‘Idealistik Askar’ pegawai Veteran atasan  adalah   menimbulkan ketidaksefahaman dengan pesara yang tidak berpencen.

-          Derma Rayuan Hari Pahlawan telah di kendalikan oleh JHEV . kalau dananya untuk kebajikan bekas tentera ,ada lah mengecewakan  kerana kelulusan permohonan yang di tetapkan oleh veteran tidak realistik.

-          Persatuaan dan Kelab Veteran tentera sedang  tumbuh macam cendawan telah mengelirukan bekas tentera akan tujuan dan fungsinya.

-          Dawaan sungutan bekas tentera  dipinggirkan oleh kerajaan ternyata di siarkan dada akhbar. Akan menimbulkan prasangka buruk .

-          Gaji , pencen , ganjaran dan faedah lain anggota tentera perlu dikaji dari aspek : gaji saksama mengikut kaedah masa kerja dengan risiko motaliti. Demi hak asasi manusia dan perundangan Islam.

-           

Akta Veteran

Pengumuman pehak Kementerian Pertahanan untuk meminda Akta Tentera 1972 adalah menarik dan  menyeronokan hati Anggota dan pesara tentera yang berpencen atau pun tidak.

Kenyatan untuk meminda akta tersebut tidaklah sebenarnya di ketahui  sama ada pehak kementerian sebenarnya baru nampak dan faham akan dawaan yang di suarakan oleh bekas tentera di dada akhbar  itu adalah isu yang penting  Tetapi pada  bekas tentera terutama yang tak berpencen ianya  sangat penting.

Sebenarnya  semenjak Koloni British menyerahkan kuasa pentabiran  tentera  kepada  kerajaan Tanah Melayu telah pun ada  sungutan tidak puas hati berkaitan hal gaji , pencen ,ganjaran dan hal kebajikan pesara tentera.

Oleh kerana pekerjaan sebagai Tentera tidak dibenarkan menubuhkan union maka tidak ada orang yang memperjuangkan soal gaji, pencen dan sebagainya, seperti yang di miliki oleh penjawat awam dan swasta.

Ketidaksefahaman antara pegawai JHEV dengan pesara tentera semasa beurusan hal pesara dan kebajikan kerap berlaku. Ini adalah kerana pesara tentera berasa jangal dan kurang faham akan peraturan yang diadakan oleh JHEV. Yang sebelum ini dikendalikan oleh PBTM untuk ahlinya.

Jadi apa yang wujud adalah perisai untuk menepis dan bagi pehak pengadu menghentam untuk mempertahankan kebenaran masing masing walau pun syarat dan polisi telah nyata dan jelas.

Bekas tentera berangap mereka berhak untuk sesuatu atas khidmat nya dengan ATM. Sebaleknya pegawai veteran yang maseh bersikap tentera mengangap pesara mesti patuh pada peraturan secara mandatory.

Kalau ianya diuruskan oleh penjawat awam harus kemukinan tidak berlaku demikian . Mukin ianya berjalan dengan sopan.
 
Persepsi bekas tentera berdepan dengan pegawai dan anggota tentera juga tidak disenangi atas sikap ketenteraan pegawai veteran dan pesara yang telah lama menjadi orang awam.

Pehak Kementah  harus perseptif pada   pegawai dan anggota lain pangkat      ATM sepatutnya tidak diberi tugas mengendalikan permasaalahan bekas pesara, sebab prasangka mereka beranggap suatau hari nanti mereka akan menjadi pesara   diperlaku sebegitu juga oleh JHEV. Ini juga perlu di diteliti supaya dari segi  moral anggota tentera itu nanti tidak luntur.

Saya ingin mencadangkan supaya hanya penjawat awam sahaja yang sepatutnya di tugaskan untuk mengendalikan hal ehwal bekas tentera . Pegawai tentera tidak sesuai sebab pesara tentera telah lama menjadi orang awam. Kerap berlaku ketipersefahaman .


Moral  dan Semangat Tentera

Kerap disuarakan di dada akhbar sungutan , rintihan , dan yang terkini pula kecoh  status keahlian Presiden PBTM di pertikai oleh ahli.  

Masalah dalaman  yang tak perlu saya sentuh adalah mencerminkan ada yang tak kena  dalam menguruskan hal   pesara tentera  oleh jabataan Veteran ATM dan kementerian yang berkaitan  di bandingkan dengan pesara polis dan penjawat awam yang tidak pernah dengar permasaalahan.

Isu  bekas tentera ini harus  di kaji dengan  penuh teliti oleh pehak berwajib. Kalau dah ada jalan penyelesaiaanya  hendaklah di umumkan dengan segera. Kelewatan untuk  meluluskan akan  meresahkan bukan sahaja pesara tentera tetapi juga anggota yang sedang berkhidmat dan orang awam.


Kesinonimanya   anggota tentera yang sedang berkhidmat    akan melihat   dan mendengar  kemelut ini dan   mereka juga  berfikir akan menerima  nasib yang sama setelah besara, sudah tentu moral dan semangat juang anggota tentera  menjadi luntur.

Moral dan semangat  tentera amat perlu dicapai pada tahap yang tertinggi, untuk menjadikan jiwa tentera menjadi gagah dan berani menghadapi musuh.

Pengalaman saya pada  awal tahun tujuh puluhan dan enam puluhan , apabila  terak askar melintasi kawasan perkampungan atau pekan , orang di sepanjang jalan   akan melambai lambai tangan memberi semanagat  pada tentera yang berada diatas terak .

Ini lah satu kemenangan moral dari orang awam     pada angguta tentera. Untuk memberi semangat  pergi operasi melawan komunis didalam hutan.Dan harapan orang kampung untuk mendengar penganas komunis akan dapat di bunuh dan askar terselamat.

Tentera yang berada di atas terak pula berasa bangga  dan megah berdiri tegak  jiwanya  menjadi gagah dan berani untuk berhadapan dengan musuh, sambil  membalas lambaian orang kampung. sepanjang perjalanan untuk pergi kehutan memburu musuh negara . Itu lah dia semangat dan moral yang tinggi di rasai oleh tentera dan orang awam semasa dulu.

Yang sedeh nya sekarang ini tidak kelihatan seperti itu lagi . Tentera  yang berunifom tidak  dapat   menimbulkan semangat pada orang awam. Dan angguta tentera juga tidak berasa bangga dan  gagah bila berada diterak askar mlintasi kawasan kampung .

Sebab apa berlaku sedemikian ? Pehak yang bertanggung ATM boleh menjawab nya . Askar laskar  yang duduk diatas terak sekarang nampak macam monyok dan   tidak nampak bersemanagat  menunjukan   kegagahan mereka. Orang awam pun bertindak sama juga.

Kalau image ini berterusan, suatu masa nanti  raayat akan menjadi kurang yakin terhadap kemampuan tentera ATM kita dan anggota tentera pun akan hilang semangat untuk menjalankan tugas ketenteraan.

 Dalam masa bertugas nakan pencen 21 ,nggota tentera akan  memikirkan menunggu hari bersara sahaja dan akan menghadapi laluan persaraan seperti Perhebat, PBTM , Persatuan Veteran ATM dan Veteran ATM yang imagenya seperti sedia ada mengharapkan  seribu harapan dan diperlaku sebegitu juga.

Dengan semangat dan moral yang tinggi itu lah mambuatkan askar menjadi berani dan garang untuk berhadapan dengan musuh ,mengagalkan Negara  ini untuk di jadikan negara komunis oleh Cheg Peng..

Saya salute dan berterima kaseh lah pada unit keselamatan   seperti :  Komando Field Force VAT 69 , Komando Tentera darat, Askar Melayu,  Wataniah (MTA)   dan Renjer yang sangat digeruni oleh komunis dihutan sahingga mereka    lari tak ‘cukup tanah’ diburu hingga kesempadan ,akhirnya ketuanya melarikan diri ke negara asing. Dan kita berjaya menyahkan perjuangan komunis di negara ini.

Walau pun saya tidak ditempatkan dibarisan hadapan ,tetapi melihat sendiri penderitaan dan kesakitan yang mereka alami sewaktu mendapat kecederaan terkena jerangkap samar dan bersama mengusung mereka ke ambulan.

Kenyatan lagu ‘peluru tidak bermata’  terbukti benar ,pengorbanan yang mereka janjikan untuk keamanan negara telah di bayar dengan kecacatan angguta dan kesakitan dan ada yang terkorban.

Emak dan ayah kehilangan anak,  anak kehilangan  bapa, isteri  kehilangan suami.

Tetapi sedehnya upah dan penghargaan  yang di beri pada bekas tentera yang maseh hidup untuk  menghabiskan sisa hidupnya tidak setimpal dengan apa yang telah dikorbankan. Pehak Veteran lebeh arif tentang perkiraan  ini .

Walaupun bekas tentera yang tidak terlibat dengan barisan  hadapan dan tidak menerima  risiko motaliti dan cacat anggota, sebenarnya sikap keberanian tetap sama . Semasa memasuki angkatan tentera kita tidak memilih untuk di kecualikan dari medan pertempuran.

Tiap anak watan tak kira bangsa yang masuk bidang ketenteraan itu mestilah di anggap berani mati , semua menerima latehan sama  di PD , walau pun sekarang ini yang nasib mereka masih hidup dan menerima pingat anugerah atau tidak . Kerelanan ibu bapa dan keberanian anaknya memikul senjata untuk memerangi musuh negara dengan memasuki tentera mestilah di hargai sama taraf. Tidak siapa yang macam ‘Rambo’.

Kita bersumpah dengan DYMM YD Pertuan Agong , sanggup bekorban nyawa , menurut perentah sanggup ditugaskan dimana sahaja dan demi untuk Raja dan Negara Malaysia . Kepentingan negara adalah lebih penting dari kepentingan diri sendiri.

Kalau ada sesiap yang cuba memperolokan seseorang bekas tentera dan mengkaitkan dengan sumpah pahlawan ini , dia sepatutnya dikenakan cuba mempersendakan dan kami akan minta supaya mereka dikenakan tindakan menghina sumpah pahlawn dengan Agong.


Tempat ynag  kerajaan sediakan untuk bekas tentera mengadu seperti Veteran ATM, PBTM dll.  Seolah olah tempat kebajikan untuk orang yang miskin dan pengemis nak mintak sedekah.

Apabila bekas tentera brfikir sudah tiba masa untuk minta sedikit bantuan akan mereka  akan mengandu  ke  JHEV ATM atau PBTM ,tetapi  malangnya  di anggap seolah menyusahkan  dan membebankan  kerajan sahaja .Kita  berasa seolah semacam  orang pelarian datang  untuk mendapat simpati.

Tugas  askar sanggup bermatian demi  mempertahankan negara   seperti Lt Adnan bertahan sampai mati menentang Jepun Peristiwa Bukit Kepong dan Kalabakan di Serawak dan banyak lagi .  maseh panas diceritakan oleh orang tua di kampung.

Orang tua yang pernah berjuang menentang komunis yang maseh hidup menceritakan pengalamanya , keberanian semasa bertempur dengan penganas komunis dan ada yang tercedera kekal dan tekorban. Kerana mempertahankan negara ini. Anak  pun turut bersemangat  dan berani hendak masuk askar.

Askar laskar yang berada di atas terak tahu yang orang orang kampung berharap sangat mereka berjaya membunuh musuh komunis yang mengancam di hutan begitu juga musuh yang mengancam dari luar negara.. 

Apabila soal bekas tentera menjadi isu didada akhbar , dan seolah olah tidak di ambil peduli oranag kerajan atau lambat untuk buat keputusan ia mencerminkan seperti ada satu kelemahan dalam pentabiranya jabatan atau kementerian pertahanan .

Demi keselamatan negara dan kemakmuran  anak genarasi akan datang saya sebagai bekas tentera khuatir pehak musuh dalaman dan luaran hanya melihat dan membuat analisah tentang kelemahan kita .

Mengapa terjadi demikian ? bukan sahaja di kaunter veteran tetapi kerap juga pesara tentera menyuarakan tidak puas hati di dada akhbar. Dan sembang sembang di merata tempat mereka berjumpa.

Kalau diselidik, seawal tahun empat puluhan lagi pesara tentera British di Tanah Melayu menyuarakan tidak puasa hati  pemerentah dengan isu yang sama .

Ironiknya pesara penjawat awam kerajaan  ,sama ada mereka yang berpencen atau tidak tak pernah menyuarakan rintihan atau komplain didada akhbar bersabit hal yang sama.

Penjawat awan semasa ditawarkan kerja adalah bertaraf tetap dan berpencen ,tetapi apabila kerajaan melaksanakan dasar pengswataan ,mereka ada yang memilih untuk skim pencen atau pun tidak.

Apabila telah   bersara tidak pula mereka membuat  bantahan atau tidak berpuas hati dalam soal pencen dan ganjaran yang di berikan kerajaan.


Tentera Koloni British

Semasa tentera dan polis di bawah Koloni British, Pehak berkuasa British  lebih menghargai pengorbanan tentera dan polis yang bernaung dibawahnya    dengan menganugerahkan  pingat,  anuiti ,tanah atau meresapkan mereka ke unit unit tentera yang “Regular” sebagai karier yang kedua.

Skim yang di beri  pada bekas tentera British mahu pun bekas  polis adalah bertujuan  untuk menjamin pesara tentera dan polis mempunyi tempat tinggal dan sumber untuk hidup  dihari   tua.

Contohnya hanya sekeping kertas “Discharge Certificate SC” tertulis di atas sehelai kertas sahaja di tunjukan    pada Pegawai Daerah seseorang bekas SC (Special Cobstable ) dan Home Guard boleh mendapat sebidang tanah dengan barang kelekapan untuk buat rumah dan keluasan tanah 6 ekar untuk bercucuk tanam.

Di masa itu tidak ada jabatan pun yang mengendikan hal ehwal mereka . Hinggi kini hidup mereka senang anak beranak dengan hasil buah sawit  dari anugerah kerajaan British .

Apabila kuasa pentabiran tentera telah diambil alih sepenuhnya oleh raayat negara ini  dan perkatan Tuan telah di  tauliah pada anak  Melayu jati  dan   atas itu kita merasa bangga,

Tetapi kesinambungan hal gaji ,pencen ,ganjaran dan faedah kebajikan untuk pesara tentera tidak di ubah oleh pehak yang bertanggungjawab. Dengan itu pengitirafan bekas tentera tidak jelas  dan transparen.

Ini lah punca sebab timbul nya isu tidak puas hati pesara dan bekas tentera, terutama mereka yang tidak menerima pencen atas sebab berhenti awal.

Pencen Askar tak Releven

Seorang parajurit yang elok mestilah sentiasa mempunyi tahap kechergasan fisikal yang tinggi. Untuk membuat latihan lasak dan juga sentiasa bersedia untuk ditugaskan dimana mana .

Sesaorang selepas umur 35 tahun sudah dikira tidak mampu untuk menjalani latihan tentera yang lasak apatah lagi bertempur sekiranya dalam peperangan.

Relevanya   perkhidmatan tentera di adakan tamat tempoh perkhidmatan (Running out of date) di benarkan selepas 10 ,15, dan 16 tahun .

Bayangkan sekiranya setiap anggota tentera oleh kerana memilih untuk mendapakan pencen dan menyambung khidmat hingga lebih 21 tahun.

Kebanyakan umur anggota dalam lingkongan 40 ke 50 tahun , mampukah mereka memikul senjata menjalani aktiviti dan latihan lasak ala tentera .

Bayangkan satu batalion pasukan elite komando ramai yang berumur empat puluhan ke lima puluhan . Mampukah membuat kerja bahaya dan lasak yang memerlukan tahap kechergasan yang tinggi.

Dalam akta undang – undang  pencen Malaysia anggota tentera tidak di iktiraf sebagai penjawat awam yang merima pencen sebab kononya telah menerima sejumlah ganjaran yang besar.

Penjawat awam lain apabila selepas tiga tahun disahkan dalam jawatan diiktiraf menerima pencen . Bagitu juga ahli Parlimen dua atau tiga tahun memegang jawatan Senator atau satu pengal menjadi Ahli Parlimen diiktiraf menerima pencen.

Melihat senirio ini nampak  tidak ada kesaksaman dalam hal pencen untuk anggota tentera dan penjawat awam dalam kontek undang -undang pencen kerajaan Malaysia.

Sedangkan pencen adalah satu imbuhan untuk menjamin seorang kakitangan kerajaan untuk hidup sempurna di masa tua nya.

Kalau dikira masa kerja yang di sumbangkan oleh anggota tentera adalah lebih tiga kali ganda dengan penjawat awam.Itu belum lagi pengorbanan jiwa raga.  Tetapi kalau disebut : ganjaran yang di terima tidak setimpal dengan masa dan pengorbanan nya .

  

Kalau sesaorang memasuki tentera berumur 20 tahun dia hanya mempunyi kekuatan fisikal sehingga berumur 35 tahun dan selepas itu dia tidak mampu untuk menjalani aktiviti latihan ketenteran atau berperang menghadapi musuh.

Bayangkan sekiranya setiap pasokan  tentera ATM termasuk pasukan elite semacam komando ,Renjer dan Askar Melayu oleh kerana ingin mendapat skim pencen  terpaksa berkhidmat selama lebih 21 tahun dan di lihat rata rata umur angguta pasukan tersebut  telah masuk lingkungan empat puluhan ke limapuluhhan .

Matlamat ATM untuk mencapai maxima kecergasan mental dan fisikal tidak mukin tercapai  . Walau pun boleh pilih orang yang muda muda untuk ke barisan hadapan tetapi ATM akan mendapat kepincangan angguta.

Majlis Angkatan Tentera

 Keperluan yang sebenar untuk pesara tentera adalah soal ekonomi  pengitirafan sijil ketukangan yang di keluarkan ATM,menyediakan  peluang pekerjaan yang kedua (2nd Carrier) ,mendapatkan tanah dengan kerajaan negeri dan belbagai lagi boleh membantu untuk menambahkan pendapatan pesara.

Bukan untuk menjadi kaya . Atas sikap sambil lewa pehak tertentu   itulah maka bekas tentera terasa kecewa dan tak puas hati pada pehak yang bertanggung jawab.

Sebab perkiraan untuk memberi bantuan kebajikan ,pencen dan ganjaran pun tidak saksama dan tidak boleh membantu untuk  senang untuk hidup terutama apabila mencapai umur tua.  

Dimasa angguta tentera kerja 24 jam ada raayat yang  berhibur  di pub dan club  . Ada yang mencari peluang mengumpul harta . Orang penjawat awam  dan swasta hanya dibenarkan kerja 8 jam sehari , kalau lebeh masa satu jam pun mereka minta  upah . Ini yang nak di bandingkan dengan kerja seorang askar  ?

Yang bukan sahaja sanggup korban kan nyawa , masa , tenaga , keluarga dan masa itu bukan duit bagi saorang tentera .Nilai nyawa saorang soldadu hanya harga sebutir peluru.

Apa yang ketara permasaalahan ini disebabkan pengurusan atasan Veteren diterajui oleh  angguta tentera yang maseh berkhidmat dan terikat  dengan akta tentera berperinsip ketenteraan yang bersikap idealis semasa berhadapan dengan permasaalahan bekas tentera yang telah pun sekian lama menjadi orang awam.

Sebaleknya JPA di kendalikan oleh penjawat awam yang realistik iaitu orang awam yang tak pernah menerima latihan ketenteraan.Sebab itu ianya tidak menimbulkan masalah.

Kerajaan juga menjanjikan seolah bekas tentera terpelihara dan di beri keutamaan dan bantuan .Sedangkan ianya indah khabar dari rupa. Sebab itu lah mereka menagih dan tempatnya ialah PBTM dan Veteran. Kita faham melayan kerenah pesara tentera memang memeningkan kepala.

Sebenarnya kenyataannya pesara tentera semuanya adalah terdiri dari orang awam  elok lah kalau penjawat awam yang mengendalikan JHEV ATM atau serah sahaja  segala urusan pesara tentera kepada JPA supaya ianya di laksanakan secara realistik.

Biarlah angguta tentera menguruskan hal hal berkaitan keselamatan negara dari ancaman musuh luar dan dalam, dan membantu menyelamatkan raayat yang ditimpa masalah akhibat bencana atau peperangan diluar negara. Atau berkhidmat dengan askar PBB. Itu pun yang di lateh.

Sepatut nya selepas peralehan kuasa tentera British ke kerajaan Tanah Melayu syarat perkhidmatan ,soal pencen – ganjaran, faedah kebajikan  lain  di rangka supaya bekas tentera kelak semasa bersara tidak  mengalami kesusahan dan kesukaran hidup.

Akta yang di gubal pehak British patut di kaji dengan teliti dan di pinda mengikut  kepentingan rakyat tempatan terutama yang khidmat dengan pasukan keselamatan.

Tetapi ianya telah dilupai oleh oleh kerajan sendiri sebab menumpukan pada gulungan dan system  politik yang baru mekar. Apa apa  perundangan yang di rangka hanya bertujuan untuk memajukan politik dan ekonomi sahaja.

Soal kebajikan bekas tentera  hanya  di lihat dari factor kedaifan, udzur ,kecacatan dan berumur  tua nak mati sahaja baru diberi  bantuan pun sedikit sahaja.

Dimana hak bekas tentera selain dari perubatan percuma dan bantuan anak yang masuk IPTA sahaja. Kalau anak dapat tempat di IPTS tidak layak ,di mana kesaksamaanya ?. Apakah untuk mendapat seratus ringgit sebulan perlu uzur tenat, umur  mesti mencapai 65 tahun, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM700. atau dan di bacakan yasin nak mati baru dapat .

Isteri pula diambil kira sekira nya masih berkerja mendapat gaji lebih dari garis kemiskinan ,maka bekas tentera yang tak ada sumber pendapatan tak layak di beri sara hidup.  

Saya rasa ingin untuk memajukan yang masa saya kerja sebagai angguta tentera ATM telah berkerja 24 jam sehari tidak pernah tuntut kerja lebih masa .

Memandangkan kerenah Veteran ini ,saya ingin membuat tuntutan masa yang saya kerja lebih masa dari lapan jam sehari selama 13 tahun.

Orang pendatang Bangla dan Indon pun dilindungi undang undang buruh Malaysia bekerja 8 jam sehari  dan menuntut boleh overtime.  

Mukin saya akan tunggu akta veteran akan di luluskan dan kalau ia nya tidak memberi sedikit manafat pada bekas tentera terutama yang tidak pencen maka kami akan usahakan untuk tujuan tersebut.   

Kalau begitu perkiraanya lebih baik dibubarkan sahaja JAHEV dan segala soal kebajikan pesara tentera di urus kendalikan  oleh badan seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarikat atau Institusi kebajikan yang lain.

Mengapa perlu ada rayuan hari pahlawan , soal nya Pahlawan itu siapa ? siap kah yang di iktiraf sebagai Pahlawan dan siapa yang layak menerima sedikit imbuhan dari derma hari pahlawan itu kemana wang kutipan hari pahlawan banyak di gunakan.

Kenyatan KP Veteran bekenaan bayaran pencen dan kos perubatan pesara tentera mengelirukan, adakah datangnya  dari dana rayuan hari pahlawan atau peruntukan dari bajet kerajaan Malaysia?

Setahu saya  pesara pangkat rendah duit pencen sudah terkumpul sejak tahun pertama angguta itu perkhidmat dan terkumpul di LTAT ,

Jumlah yang disumbang oleh kerajaan tidak di beri pada pesara apabila tamat perkhidmatan  ianya di bayar pada pesara bulanan sebagai pencen.
  
Kebajikan takrif nya luas, perkiraan untuk memberi sagu hati ,insentif , mau pun apa apa ganjaran untuk bekas tentera seharusnya tidak boleh disamakan dengan garis panduan garis kemiskinan negara atau KL.

Saya tidak setuju sama sekali. Kalau cara nya  begitu  saya membantah. Dan bantahan ini saya sertakan dengan membantalkan sumpah saya masa memasuki tentera sekiranya saya telah dikelirukan semasa masuk tentera masa dahulu . Kefahaman saya kalau memasuki tentera masa depan terjamin anak isteri,

Orang kampung beranggapan menjadi isteri tentera akan mendapat gaji, juga masuk tentera makan ditanggung segala di tanggung. Tetapi makan di potong RM 2.00.

Nak beri kebajikan sara hidup atau apa apa bantuan bagi bekas tentera  harus di kira dari aspek beraninya  saorang anak watan yang sanggup berjuang berhadapan  peluru yang tak bermata  kerana menyahut seruan negara dan bersumpah pada DYMM YD Pertuan Agung sanggup pertaruhkan nyawa demi kedaulatan Raja dan Negara.

Bukan disamakan dengan garis kemiskinan yang di samakan dengan orang yang papa kedana.

Di saat penganas Komunis sedang berjuang untuk menjadikan negara ini di bawah kuasa Komunis. 

YAB Dato Najib pernah  berkata semasa himpunan raksasa ahli PBTM di Bukit Jalil. “ Saya baru sedar negara Malaysia ini nyaris nyaris lagi di kuasi olih Komunis” , dan kalau tidak kerana keberanian dan pengorbanan tuan tuan mengusir penganas Komunis hingga ke sempadan dan ketuanya lari meninggalkan negara ini.

Kenyatan ini telah di bayar dengan  kesakitan ,kecederaan  , hilang angguta kekal , ibu yang kehilangan anak , isteri yang kehilangan suami , anak yang kehilanagan ayah terkorban.

Berkerja  tidak mengenal masa kerja dan upah mengusir anasir komunis dalam hutan belantara (bukan macam menghalau anak ayam) hingga lari ke sempadan Siam dan ketuanya cabut lari ke negara lain.

Bayangkan kalau pehak Komunis dapat bertahan dan berjaya mengalahkan tentera kita , kalau tak semua negeri di kuasai komunis separuh negeri negeri di rantau ini akan di kuasi Komunis.

Di mana letaknya kedaulatan Raja Melayu, Ketuanan Melayu dan negara Demokrasi?. Apa akan jadi dengan agama Islam? jangan ingat ianya tidak boleh berlaku . lihat apa telah dilalui sejarah Vietnam ,Kambodia, dan yang terkini ancaman Korea Utara dan negara Komunis kuasa besar Rusia dan termasuklah negara China .

Kuatkah semangat angguta tentera kita untuk berhadapan dengan ancaman itu kelak ? bersediakah kita.

Terima kaseh lah pada angguta Polis Hutan, Komando 69, Pasukan Renjer, Askar Wataniah, Askar Melayu , Batalion Komando Darat , Udara dan Laut. Janji janji mereka sanggup berkorban untuk negara terbukti dengan terbayar dengan nyawa dan kesakitan.

Rujuk sajalah pada Kementah berapa ramai yang terkorban, cedera, dan sekarang ini yang maseh hidup  nasibnya seperti kata pepatah  “ Sepuluh jong alu anjing maseh bercawat ekor”.

Mengapakah   lambang  pasokan tentera ATM ini tidak menjadi kebanggaan gulungan muda remaja sekarang ini. Kalau pun mereka megah memakai pakaian fesyen ala tentera tetapi ianya membawa image tentera US yang di banggakan kerana terpengaruh denga cerita TV ala Ramb

Orang politik hanya melihat perkembanagan yang berkaitan politiknya. Kalau dilihat sesuatau yang tidak  munonjolkan popularity nya dia  terlupa untuk  menyuarakan di platform yang dia boleh bersuara untuk membantu terutama nasib bekas tentera.

Sebaleknya Aktivis dan NGO yang boleh menonjolkan popularitinya orang politik akan di sanjung dan diushakan dana untuk membiayi walau untuk kebajikan orang diluar negara.

Semasa tentera dibawah naungan Koloni British mereka  menghargai pengorbanan bekas tentera atau polis bantuan dengan  memberi anuati berupa tanah untuk memdirikan rumah dan boleh bercucuk tanam supaya menjamin hidup mereka hingga kehari tua.

 Angguta seperti HomeGuard dan Polis Bantuan (Special Constable) ada juga yang meneruskan khidmatnya dengan di serapkan ke unit unit askar tetap atau  pasukan askar yang skim gaji seperti penjawat awam untuk  melatih askar wataniah .

Mereka ini sekarang telah tua dan ada yang tidak berpencen dan saolah  di ketepikan apa bila menyuarakan sesuatu  dan kalau ada yang hendak juangkan nasib mereka terus di nafikan oleh pehak Veteran atas polisi tertentu yang tidak membantu nasib mereka.

Persoaalanya mengapa hingga kehari ini kebanyakan pesara tentera yang berpencen atau pun tidak maseh menyuarakan masaalah pada kerajaan seolah  kebajikan mereka diketepikan apabila telah menjagkau umur tua.

Sedangkan segala nya telah di beri mengikut syarat perkhidmatan yang dipersetujui. Mesti ada yang tak kena , sebab nya hanya mereka yang tahu sahaja yang tahu.

Pehak atasan yang tahu hanya membungkem sahaja . Mukin tunggu hari dan masa keadan yang baik baru di suarakan . Mukin di guna untuk sebagai perangkap semasa untuk memancing undi.

Curiosity for the sake of curiosity :-

28hb.Desember 2011 , Labis by election , di Utusan

Timbalan Menteri Pertahanan –Datuk Dr. Abd Latif Ahmad menyatakan pindaan akta tentera yang sedang dikaji tetapi tidak menyatakan bila . Pada pendapat  saya ianya amat penting untuk di luluskan demi kebaikan bekas tentera .

Kalau ianya tidak di ambil tindakan segera bermakna ianya tidak dikira penting sangat dan boleh dilengah lengahkan , kalau tidak pun mukin pehak yang bertanggung jawab tidak betul betul faham dan tahu dengan isu ini .

Mukin ianya di fikirkan isu sebagai politik hendak merangkap dan memerangkap ,yang boleh diguna untuk memerangkap semasa ada pilihan raya sahaja.

Adakah  orang yang bertanggung jawab berkenaan isu bekas tentera ini betul faham dan ikhlas atau tahu mengapa bekas tentera selalu menyuarakan bantahan tidak puas hati hingga kehari  ini

Kalau meraka tahu sejak bila ? sejak tertubuhnya Askar Melayu ? Perang Jepun? Ancaman Komunis, Konfrantasi dengan Indonesia? Tahu kah sebenarnya permasalahan  bekas tentera telah disuarakan semasa tentera di bawah Koloni Inggeris lagi. (Bahan Akid) .

Kalau semasa tentera Koloni Inggeris kita tak heran lah syarat –syarat perkhidmatan  askar yang di bawah kuasanya dirangka sudah tentu  tidak ingin membebani pehak kerajaan Britrish apa bila kontrak telah tamat.

Itu pun British memberi juga pingat2 penghargaan , memberi tanah untuk tempat tinggal dan bercucuk tanam, atau seperti askar Gurkah di beri ganjaran yang setimpal untuk membolihkan mereka hidup terjamin dan juga menawarkan untuk menjadikan warga negara British.

Ada juga bekas tentera dan polis bantuan (SC ,Home Guard) atau apa pasukan yang berbentuk tentera dibawah British di bagi karier yang kedua dengan di serapkan ke unit2 tentera yang telah ditubuhkan selepas merdeka.

Tetapi  apabila mereka telah bersara ada yang tak saksama pemberian faedah pencen dan ganjaran. Sepatut nya setelah  kuasa tentera telah di tangan orang Melayu pengitirafan yang beri sepatutnya lebih lagi dari yang diberi pehak British sebab kita sekarang bernaung di bawah DYMM YD Pertuan Agung dan kerajan sendiri.

Ironiknya orang yang berkecimpung dalam arena politik di beri kelebihan , Wakil Rayat  dan ahli Parlimen yang berkhidmat dua tiga atau lima tahun ,satu pengal pun  di masukan dalam akta pencen  sebagai layak menerima pencen.

Yang ketara mereka itu hanya hebat berpidato untuk memukau raayat menyokong  untuk mengundi bagi pehak tertentu demi kepentingan politik dan diri sendiri tidak ada yang berkhidmat percuma .

Ada juga kalangan mereka yang di dakwa buat tuntutan palsu dan menyalah guna wang dan kuasa .

Apabila negara telah makmur peluang yang ada di rebut oleh pejuang politik. Kita bekas tentera tak nampak peluang sebab yang kita di ajar untuk ikut arahan,patuh ,diajar  untuk membunuh atau dibunuh dan berkawad .

Apabila kemakmuran dan kemewahan di nekmati oleh negara, kita bekas tentera ynag pangkat bawah  melihat sahaja keamanan didepan mata kata pepatah Melayu lama “sepuluh jong lalu anjing bercawat ekor”.

Saya telah beumur 59 tahun , tidak bekerja , pernah berkhidmat dengan tentera ATM selama 13 tahun tidak berpencen sebab syarat khimatnya  begitu.

 Akhir nya gagal dalam ekonomi hidup , sekarang tiada sumber pendapan dan mula dapat sakit tua , tidak di terima kerja kerana factor umur dan sakit. 3 tahun bini yang tanggung makan, sakit dah mula datang tapi belum uzur atau terlantar sebagai yang dikehendaki oleh veteran untuk mendapatkan bantuan sara hidup RM 100.00 , RM 200. ke sebulan.

 Dua tiga kali buat rayuan di tolak mentah- mentah dengan memberi berbagai alasan yang saya benci mendengarnya  :

Tidak layak sebab belum mencapai umur 65, (mukin tak sampai kot) dan Isteri maseh kerja,   uzur tapi belum  mati , sakit tapi maseh boleh bekerja (tapi tak rekomen  kerja pun).

Apa pun alasan Veteran saya tidak puas hati cara jawapan nya ia semacam   boby trap nak mengenakan orang sahaja, nak melepaskan  tanggung jawab. Bukan pada saya sahaja mukin ramai bekas tentera yang diperaku sedemikian.

Kalau benar polisi kerajaan seperti yang dikatakan oleh Veteran ,saya cadangkan kerajaan hendaklah transparensi dengan menyatakan yang bekas tentera jangan mengharap apa apa sebelum mereka memenuhi syarat syarat yang di buat oleh Veteran.

Dan kita bekas tentera tidak akan menyusahkan  Veteran. Sebagai raayat Malaysia  kita boleh melalui badan kebajikan lain untuk minta bantuan .


Saya tidaklah menerima PGB  sebab tidak pernah tembak musuh dan tidak diberi peluang bertempur dengan musuh atau buat serang hendap . Kalau saya di beri peluang berdepan dengan musuh sudah tentu kalau tidak musuh saya yang mati. Mukin dapat PGB dan dapatlah elaun RM 2,000.00 sebulan tidaklah saya akan bising macam ini.

Saya cadangkan pada angguta tentera rebutlah  pelung untuk mendapat pingat PGB /SGB sebab itu sudah dijanjikan dapat elaun yang lumayan. Senang masa depan.

Raayat yang sanggup masuk tentera sudah tentu berani untuk berperang dengan musuh negara dan mengorbankan nyawa demi untuk negara , sanggup di hantar dimana sahaja dan bila bila masa .

Sebab kepentingan negara adalah lebih penting dari kepentingan diri sendiri.   

Berbanding dengan raayat negara ini yang berkhidmat hanya pentingkan upah , overtime kenaikan gaji mengadu pada union mintak itu ini.

Guru yang berjanji sanggup ditugaskan di pendalaman akhirnya bising mintak elaun dan kemudahan itu ini.

Orang kampung yang tak masuk askar bergiat sikit dalam politik dapat rancangan koperasi felcra. Hujung tahun goyang kaki saja dapat dividen beribu ribu.

Orang felda dah dapat tanah dah ada harta pun dapat saguhati lagi RM 500. Nelayan ada kapal dapat subsidi diesel pun dapat  bantuan bulanan .

Pesara tentera dan orang awam yang berpencen  dapat juga sagu hati RM500 dekat dekat nak raya

Bekas ahli sokan negara   juga menghadapi masalah kehidupan  seperti bekas tentera yang tak bepencen  ,selepas mereka berhenti dari kegiatan  sokan kerana factor umur.  

Artis pun sama masa popular wang masuk banyak ,tak ingat belanja dan berbelanja gila .Dah tua tak laku baru nak mintak kebajikan . tetapi persatuanya seni dan artist kuat dan membantu tampa banyak soal.

Tetapi aneh nya apabila kita yang bekas yang tak pencen menyuarakan mengapa pejawat awam yang maseh berkhidmat dapat juga  sagu hati RM500. 00

Jelas maknanya  bekas tentera yang tak berpencen tidak di iktiraf atau ada “double standard” saya minta supaya KP Veteran sila istiharkan status bekas tentera yang tak pencen . Senang lah kita membawa diri untuk mengadu , payah -payah pihak Gereja , Tokong Buddah, pun boleh memberi pertolongan dan bantuan.   

Saya tak pernah mintak apa apa sahingga lah mencapai umur 59 itu pun sebab saya susah tidak bekerja . Ingatkan beria ria  boleh mengadu dengan Veteren tetapi jawapan yang di beri seperti saya ini peminta sedekah macam bangsat .

Wallahu allam


Sukaimi bin Sungep

No comments:

Post a Comment